Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts. Khairil Nizam Khirudin menzahirkan rasa risau susulan kejadian jalan medap di laluan Jerantut-Benta yang dilihat belum ada langkah penyelesaian segera pihak berwajib.
Menurut Khairil menerusi posting di laman sosial Facebooknya, beliau risau dengan keadaan cuaca hujan sejak kebelakangan ini memburukkan lagi keadaan.